February 7, 2019

Dekorasi Insta-Worthy di majlis anda!

Cantik aihh kalau ada dekorasi kahwin yang tak makan duit.. Eh ada je, idea dekorasi ni dapat jimat budget korang. Yang penting, lawa!

Dekorasi Insta-Worthy di majlis anda!

Tahun 2019 sudah tiba dan semakin ramai bakal pengantin yang high-taste untuk adakan majlis perkahwinan yang cantik. Yang penting, dapat pikat hati kedua-dua mertua. Sekarang pula memang trend selfie, we-fie, ambil gambar setiap sudut asalkan cantik untuk di upload ke Instagram dan apa-apa social media.

Tetapi, kena ke dekorasi Insta-Worthy mahal-mahal baru nampak cantik? Eh, tak semestinya. Luna nak lampirkan beberapa dekorasi cantik yang anda boleh DIY (do it yourself) yang pasti setiap sudut tetamu anda akan snap..snap.. kachik..kachik..

Mungkin anda ingin jimatkan bajet, so boleh cuba beberapa idea dekorasi dibawah.

Welcome Board

Lihat post sebenar di myweddings

Wedding board ni satu simbolik dimana tetamu anda sudah sampai ke majlis. Luna tengok makin ramai pengantin yang wajib letak satu wedding board diluar dewan/diluar tempat majlis. Sebenarnya, anda boleh je DIY benda ni.

Alatan yang diperlukan: papan/board, pen marker warna pilihan, bunga bunga tiruan, hot glue gun.

Photobooth / Backdrop

Lihat post penuh di link ini. 

Okay cantik betulll ni. Luna suka botanical macam ni. Nak2, botanical dengan warna gold. Kalau anda rasa payah nak DIY, boleh minta wedding planner anda untuk buat photobooth macam ni. Atau, cari yang seakan diatas.

Bayangkan lokasi majlis anda ditepi pantai, dengan backdrop secantik ini.. Luna pun nak tumpang selfie sekali boleh..?

Daun-daun diawangan

Okay, Luna asyik tunjuk gambar-gambar botanical je kan? Haha. Sejujurnya, hampir ramai bakal-bakal pengantin suka concept botanical. Jadi, mana tahu idea dekorasi ni dapat beri inspirasi kepada anda.

Alatan diperlukan: daun-daun tiruan, tali, pengepit kecil (boleh juga dibeli di Kaison)

Kalau tema majlis kahwin anda floral, berbunga.. cuba tukar daun dengan bunga-bunga. cari satu tempat untuk gantungkan. Seperti kayangan tau.

Luna rasa banyak lagi idea dekorasi yang cantik sampai tetamu asyik melaram je selfie. Wedding photographer anda pun semangat nak ambil gambar anda.

Nak lebih lagi? Boleh tengok video dibawah. Idea dekorasi yang simple dan save budget. Yang penting, cantikkk!