September 28, 2018

Lagu Melayu yang sweet di majlis kahwin!

"Selamat Pengantin Baru...Semoga kekal abadi.." Eh jap! Takkan satu ni je lagu Melayu yang kita tahu. Luna share banyak lagi lagu untuk majlis kahwin korang nanti!

Lagu Melayu yang sweet di majlis kahwin!

Pilihan lagu semasa majlis kahwin ni memainkan peranan penting untuk menaikkan vibes kahwin tu sendiri. Peranan lagu2 ni supaya tetamu yang datang masjlis anda rasa hatinya sama berbunga-bunga seperti anda.

Luna ada jumpa beberapa lagu melayu moden (bukan lagu Ahmad Jais yg zaman dulu2 ya) yang boleh memberikan mood cool dan menjadikan jiwa ada taman yang dalam taman itu ada pula butterfly bila lagu ini di mainkan dalam dewan resepsi anda.

Top 5 lagu Melayu untuk majlis kahwin:

  1. Aku dan Dirimu - Bunga Cinta Lestari & Ari Lasso
  2. Sampai ke Hari Tua - Aizat Amdan
  3. Terukir di Bintang - Yuna Zarai
  4. Sesungguhnya Aku - Alif Satar (OST "Red Velvet")
  5. Terima kasih Cinta - Afgan

Ni Top 5 lagu Melayu yang Luna rasa sangat sweet dimainkan semasa korang tengah bersanding.. Boleh je guna 3/4 lagu dimajlis. Contohnya, lagu dimainkan masa tetamu dan pengantin menjamu selera, lagu Terukir di Bintang. Semasa sesi bergambar, lagu Sesungguhnya Aku.

Antara lagu Melayu lain yang Luna rasa sesuai untuk dimainkan semasa majlis perkahwinan korang:

  1. Janji Suci - Yovie & Nuno
  2. Surat Cinta untuk Starla - Virgoun
  3. Ku Ada Kamu - Adira
  4. Selimut Hati - Dewa 19
  5. Senyummu Hanya Untukku - Trisouls

Ada rasa nak cepatkan perkahwinan tak dengar lagu2 ni? Haa, sweet kan? Luna pun terasyik je kalau dengar lagu macam ni sambil tengok pengantin atas pelamin. Luna sertakan lagu2 diatas dalam playlist dibawah, so korang boleh dengar.

Ada tak lagu favorite korang diatas? Jangan lupa sharekan di Facebook kami facebook.com/aliveinvit

(sumber gambar header: google)