October 27, 2018

Tema Garden Wedding menjadi pilihan ramai!

Nak kahwin ala-ala resepsi Yuna & Adam lah sebab lawa sangat. Boleh.. jom ketahui idea2 kalau nak tema Garden Wedding ni

Tema Garden Wedding menjadi pilihan ramai!

Tema perkahwinan ialah perkara paling penting bagi Luna. Yelah pasangan dah cantik sedondon, mestilah dekorasi, baju, pelamin semua mesti cantik sedondon juga.

Tema wedding yang menjadi pilihan ramai sekarang ni ialah... Garden! Jadi, Luna nak share dengan korang tips dan #weddingideas bagi bakal pengantin yang memilih tema kahwin seperti di taman cinta ini.

Warna

Luna lampirkan beberapa ideas untuk tema pilihan korang: Garden Theme. Penting untuk memilih warna yang sedondon supaya tak nampah "awkward" bila tersalah pilih. Oopss..

Semua gambar diatas adalah dari Pinterest.

Tadi Luna kata warna adalah priority kan? Jadi, tips Luna adalah pilih warna tidak melebihi 4 warna dan pastikan semua warna blends out perfectly. Contoh seperti diatas, warna yang dipilih ialah kelabu, kelabu gelap, putih dan hijau. Kalau korang nak 3 warna sahaja pun tak apa contohnya; kelabu, putih dan hijau.

Event Space

Zaman 2018 dah ramai yang mula sukakan tema Garden ni untuk resepsi perkahwinan mereka. Kalau ini juga pilihan korang, korang dah boleh mula survey event space menarik, lawa dan Instagram-worthy!

Pilihan Luna: Glasshouse at Seputeh

(Klik untuk terus ke website Glasshouse)

Cantik tidak terkata betul tak? Instagram-worthy yang penting. Yelah, semua orang sekarang suka bergambar. Mesti di majlis kahwin korang dengan tema Garden Wedding, ditempat yang lawa macam ni, menjadi bualan kawan-kawan sampai bertahun!

Banyak lagi event space yang Instagram worthy & kena dengan tema Garden Wedding. Baca post disini: Instagram-worthy Event Space

Dekorasi

Luna yakin kreativiti korang ni lebih dari Einstein! Banyak dekorasi yang boleh korang hiaskan ikut citarasa korang. Kalau korang beri 100% tanggungjawab kepada wedding planner korang, Luna yakin mereka akan berikan dekorasi yang terbaik.

Masih mencari idea dekorasi yang lain? Tak ada hal, Luna lampirkan gambar2 idea dekorasi yang lain dibawah ni:

'Geometry' yang digantung dapat mencantikkan lagi kawasan persandingan korang.
Welcome board yang simple & minimal ini pilihan ramai untuk tema Garden Wedding.
Cantiknya photobooth ni! Tepi tepi, Luna nak selfie banyak2 hehe..

Kad Kahwin

Suka tak tema Garden Wedding? Lepas tengok gambar diatas ada rasa nak cepatkan tarikh perkahwinan tak? Hehe. Dah fikir dekorasi dan warna tema, kita fokuskan kepada kad kahwin pula. Kad kahwin haruslah sedondon juga dengan tema supaya tetamu yang hadir akan rasa korang punya wedding ni #WeddingOfTheYear

Contoh kad kahwin tema Garden Wedding pilihan Luna:

Audrey by Soppexcca

Rekaan kad yang minimal tetapi masih nampak sophisticated dengan gold trim yang menawan & floral yang cantik. Sesuai dengan tema kahwin pilihan korang Garden Wedding.

Lihat rekaan kad kahwin oleh designer Soppexcca di aliveinvite.com

Izabella by Card Hous

Mungkin ada diantara korang yang lebih gemar rekaan yang vintage, seperti filem lama yang klasik tapi masih lagi versatile. Jadi Luna suggest rekaan kad kahwin dibawah. Jangan risau, kita masih lagi kekalkan identiti "Garden" itu sendiri.

Lihat rekaan kad kahwin yang lain oleh designer Card Hous di aliveinvite.com

Ariana by Kadlawo

Pilihan Luna seterusnya ialah rekaan kad kahwin daripada designer Kadlawo. Kalini rekaan minimal juga tetapi berbeza dari segi framenya. Frame diagonal dengan gold trim yang nice ni menaikkan seri tema perkahwinan korang.

Lihat rekaan kad kahwin oleh designer Kadlawo di aliveinvite.com

Mana satu pilihan kad kahwin korang? Nak tengok lagi rekaan kad kahwin yang lain? Boleh tengok lebih dari beratus rekaan kad kahwin di website kami aliveinvite.com. Yang terbaiknya, bukan sahaja kad kahwin printed sahaja malah korang boleh dapatkan kad kahwin DIGITAL yang sangat on-trend sekarang.

Tak tahu kad kahwin digital tu apa? Boleh baca post ini: Kad Kahwin Digital AliveInvite kini jadi trend!

Order kad kahwin + kad kahwin digital AliveInvite sekarang:

Link Media Sosial AliveInvite!                             https://www.instagram.com/aliveinvite/                 https://www.facebook.com/aliveinvit/                                   https://twitter.com/aliveinvite